Prayuth Bertanding Pilihan Raya Perdana Menteri

2019-02-09 14:28:11  CRI
Share with:

8 Februari ialah hari terakhir pendaftaran calon pilihan raya Thailand. Perdana Menteri sekarang, Prayuth Chan-ocha mengumumkan, beliau akan bertanding dalam pemilihan perdana menteri sebagai satu-satunya calon dari Parti Kekuatan Rakyat.

Menurutnya, beliau membuat keputusan itu bagi terus melaksanakan strategi pembangunan dan rancangan pembaharuan negara. Keputusan ini amat sukar kerana perlu membuat pertimbangan yang komprehensif serta mementingkan keselamatan negara, pembangunan ekonomi dan kestabilan masyarakat.

Walau bagaimanapun beliau turut menafikan tujuan untuk terus mengawal pentadbiran negara.

Prayuth berkata, beliau berazam bersama-sama rakyat membina negara yang sejahtera dan bersatu padu dan membawa kehidupan yang lebih bahagia kepata rakyat.

Setakat ini, terdapat 18 calon berdaftar untuk bertanding jawatan perdana menteri kali ini.
 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
覃淼