Kerjasama untuk Situasi Menang-Menang, Hala Tuju Hubungan China, AS

2019-02-10 15:10:04  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Cui Tiankai baru-baru ini menyatakan, terdapat percanggahan pendapat antara China dengan AS, ini adalah hal yang normal. Namun yang lebih penting adalah kedua-dua negara patut meningkatkan pemahaman dan persefahaman, mengetahui hala tuju strategi antara satu sama lain. 

Hala tuju hubungan kedua-dua negara iaitu kerjasama untuk saling menguntungkan dan menang-menang tidak patut berubah.

Cui menyatakan demikian dalam satu sesi dialog menjelang hubungan diplomatik China-AS yang diadakan di Grand Rapids, Michigan pada 8 Februari lalu. 

Beliau berkata, hubungan diplomatik antara China dengan AS dijalin hampir serentak dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu. Ini bukanlah kebetulan. Kedua-dua peristiwa bersejarah tersebut memberikan banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia. 

Walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua negara dari segi sejarah, budaya dan sistem sosial, namun kerjasama untuk saling menguntungkan dan menang-menang tetap menjadi trend utama bagi kedua-dua negara dalam tempoh empat dekad yang lalu. 

Tambah beliau, "persaingan" bukanlah perkataan yang buruk. Persaingan wujud dalam hubungan antara pelbagai negara. Dunia menghadapi pelbagai cabaran pada masa sekarang. China dan AS perlu bekerjasama untuk menghadapi cabaran dan mewujudkan situasi menang-menang.

徐国玮