Raja Thailand Tidak Setuju Kakaknya Bertanding PM

2019-02-10 13:57:07  CRI
Share with:

Puteri Ubolratana Barnavadi, iaitu kakak sulung Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan perdana menteri dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 24 Mac nanti. 


Namun, Maha Vajiralongkorn mengeluarkan kenyataan lewat malam kelmarin, menyifatkan tindakan kakaknya itu sebagai tidak sesuai. Ekoran itu, Puteri Ubolratana hari ini merakamkan terima kasih atas sokongan para penyokong, manakala Parti Raksa Chart (PRC) pula menyatakan akan mematuhi titah raja.
 
Thailand adalah negara raja berperlembagaan dan belum ada mana-mana keluarga diraja yang bertanding bagi jawatan perdana menteri sejak 1932.
 
Puteri Ubolratana, 67 tahun, dilucutkan gelaran dirajanya selepas berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat (AS), Peter Ladd Jensen pada 1972.
 
Bagaimanapun, beliau kembali ke Thailand pada lewat 90-an selepas bercerai. Walaupun, gelarannya tidak pernah dikembalikan, rakyat Thailand tetap melayan dan menghormatinya sebagai anak raja.
 
Pendaftaran calon pilihan raya selama lima hari sudah selesai. Setakat ini, seramai 13,921 orang dari 81 parti akan merebut kerusi dalam Parlimen, manakala 52 calon dari 34 parti akan bertanding jawatan PM. 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
覃淼