Budaya, Tema TBC 2019

2019-02-11 13:33:51  CRI
Share with:

Pada musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini, 12 provinsi dan bandar di serata China menganjurkan siri aktiviti bertema budaya bagi membolehkan penghayatan warisan budaya bukan benda serta penerapan unsur kebudayaan dalam setiap isi rumah.

Festival lampu, tarian naga dan singa, serta persembahan nyanyian mendapat sambutan hangat daripada warga tempatan dan pelancong, begitu juga aktiviti "Hari Tahun Baharu di Muzium" yang menyaksikan jumlah pengunjung muzium, galeri seni, perpustakaan dan jalan budaya bertambah ketara.

Selain dalam negeri China, pengaruh aktiviti TBC yang Gembira semakin meluas di luar negara. Lebih 1,500 persembahan, pameran dan pesta diadakan di 396 bandar di 133 negara dan wilayah.

徐国玮