BRI Capai Kemajuan dalam Lima Aspek

2019-02-13 11:20:25  CRI
Share with:

Forum kemuncak kerjasama antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) ke-2 akan diadakan pada bulan April.

Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming dalam satu sidang media semalam menyatakan bahawa pembinaan inisiatif tersebut telah mempercepat pembangunan ke arah berkualiti tinggi.

Menurutnya, kerjasama ekonomi dan perdagangan di bawah rangka BRI telah menampakkan kemajuan dari segi skala dan mutu, khususnya dalam lima aspek.

Pertama, kegiatan perdagangan berkembang pesat. China memeterai perjanjian kerjasama e-dagang dengan sembilan negara terlibat BRI yang bernilai USD1.3 trilion (RM5.3 trilion), iaitu 16.3% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Kedua, kerjasama pelaburan diperkasakan. Pada tahun lepas, jumlah pelaburan negara-negara BRI ke China mencatat USD6.08 bilion (RM24.7 bilion), manakala China menanam modal sebanyak USD16.27 bilion (RM66.2 bilion) di negara-negara BRI.

Ketiga, projek-projek utama telah dijalankan dengan cemerlang. Beberapa projek kesalinghubungan dilaksanakan satu demi satu, termasuk Zon Industri Rayong China-Thailand, Zon Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan TEDA Suez China-Mesir, dan Zon Ekonomi Khas Pelabuhan Sihanouk China-Kemboja (SSEZ).

Keempat, pembinaan jaringan kawasan perdagangan bebas (FTA) juga dipercepat, hingga menunjukkan standard yang setara global.

Kelima, mekanisme kerjasama semakin lengkap. Di bawah rangka suruhanjaya ekonomi dan perdagangan dua hala, China menubuhkan kumpulan kerja dengan Thailand dan Kenya, selain mewujudkan mekanisme kerjasama berkenaan dengan tujuh negara, sebagai satu bentuk sistem jaminan bagi pembangunan BRI.

覃淼