Kerajaan Yemen Kutuk al-Huthiyyun Belakangi Gencatan Senjata

2019-02-13 14:43:30  CRI
Share with:

Kerajaan Yemen dalam kenyataannya semalam mengutuk pemberontak al-Huthiyyun membelakangi gencatan senjata Hodeidah sejak perjanjian itu dicapai Disember lalu, mengakibatkan 76 orang awam terbunuh.

Kenyataan itu mendakwa al-Huthiyyun telah menyerang garison kerajaan, prasarana awam dan rumah penduduk di Hodeidah, malah menanam periuk api, menggali parit pelindung dan membina sekatan jalan.

Walau bagaimanapun, tuduhan serupa turut dibuat oleh pihak al-Huthiyyun terhadap tentera kerajaan Yemen dan tentera bersekutu yang dipimpin Arab Saudi, yang dikatakan telah membelakangi gencatan senjata berkenaan dengan menyerang kawasan kediaman, ladang dan prasarana awam di kawasan Hodeidah.
 

徐国玮