Sahut Seruan: Liaoning Rancak Dengan Kebangkitan Semula

2019-02-13 14:52:48  CRI
Share with:

Pada dua tahun yang lalu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC),  Xi Jinping menyeru kepada delegasi Liaoning untuk mengadakan tiga teras pembaharuan iaitu terhadap struktur pembekalan, syarikat milik negara dan gaya kerja kader.


图片默认标题_fororder_liaoning1

Xu Qiang yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat milik negara di Laoning berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Xi Jinping pada 7 Mac 2017. Pada pertemuan itu, Presiden Xi diberitahu bahawa kerja di sektor kilang semakin tidak diminati. 

Namun, Xi menegaskan bahawa pekerja kilang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dan tentunya tidak akan dilupakan oleh kerajaan.


Dalam tempoh dua tahun ini, Liaoning berjaya mengeluarkan dua pelan yang merangkumi pembaharuan syarikat milik negara dan pembangunan berkualiti tinggi syarikat milik provinsi yang menggunakan teknologi baharu dalam penjanaan pembangunan. Selain itu, beberapa dasar yang mengutamakan pekerja turut dikeluarkan.


图片默认标题_fororder_liaoning2


Presiden Xi Jinping menyatakan bahawa negara besar seperti China perlu mempunyai kemandirian yang kuat dalam teras teknologi.

Menyahut seruan itu, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Kumpulan Shenyang Blower Group Co., Ltd.Shenyang (SBW) Yi Hongli berkata, pihaknya tidak mempunyai had dalam inovasi bidang tersebut.


 

图片默认标题_fororder_liaoning3


Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Farmaseutikal Timur Laut (Nepharm), Wei Haijun berkata, syarikat milik negara itu memerlukan pengubahsuaian diri terhadap keperluan pasaran berikutan terdapatnya jurang yang besar dengan pesaing luar dalum arus globalisasi.

Pada tahun lepas, Nepharm telah menjadi perintis kepada pembaharuan syarikat milik negara dan berjaya memperoleh pendapatan RMB5.6 bilion (RM3.36 bilion) dalam tiga suku pertama 2018, meningkat 34% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  
Secara tuntasnya, hasil daripada menyahut seruan Presiden Xi Jinping untuk pembaharuan dan kebangkitan nusa dan bangsa menyaksikan Liaoning berjaya mencatat RMB2.53 trilion (RM1.52 trilion) pada tahun lepas iaitu meningkat 5.7 peratus berbanding tahun 2017. Kadar pertumbuhan industri provinsi itu mendahului provinsi lain di China.

张弘