Latihan Tentera "Cobra Gold" dirasmikan

2019-02-14 11:10:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_20190213100531_deebc150c1258f99a12ef7053c6622ba_1

Latihan ketenteraan "Cobra Gold" anjuran Thailand dan Amerika Syarikat (AS) dirasmikan di Phitsanulok, utara Thailand kelmarin.


Latihan bersama yang akan berlangsung hingga 23 Februari itu antara yang paling besar di Asia Pasifik, melibatkan 29 negara peserta atau pemerhati.

Program latihan meliputi operasi bertempur, latihan praktikal dan bantuan kemanusiaan, dengan penyertaan lebih 10 ribu orang termasuk 4,500 askar dari AS. 

Selain dua negara penganjur, Singapura, Jepun, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan juga akan menyertai program-program latihan utama manakala China dan India terlibat dalam latihan bantuan kemanusiaan, dengan beberapa negara lain hadir sebagai pemerhati.

Latihan tersebut dipercayai akan meningkatkan kemampuan bertempur, mempererat kerjasama di Asia Pasifik serta memperkasakan usaha sama melibatkan keselamatan maritim, pencegahan dan pengawalan penyakit dan bantuan ketika bencana.

图片默认标题_fororder_E4qi-hswimzy7459185

曹捷