Lagi Sekatan ke atas Iran

2019-02-14 16:48:55  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan terhadap dua syarikat dan sembilan individu warga Iran yang disyaki terbabit dalam kegiatan siber dan perisikan yang menyasarkan rakyat AS.

Jabatan tersebut mendakwa, entiti "New Horizon Organization" yang berpangkalan di Iran menganjurkan persidangan antarabangsa sebagai platform untuk merekrut kakitangan dan mengumpul maklumat risikan. Empat individu yang mempunyai kaitan dengan entiti itu telah dikenakan sekatan.

Satu lagi entiti dan lima individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan siber menyasarkan kerajaan dan tentera AS turut dikenakan sekatan.

Pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei pada hari yang sama membuat kenyataan menerusi laman web peribadinya, menyatakan adalah mustahil bagi masalah yang wujud antara Iran dengan AS diselesaikan melalui dialog. Beliau turut menyifatkan AS dan beberapa negara Eropah sebagai penipu dan tidak boleh dipercayai.

徐国玮