Penggunaan Pelaburan Asing Naik Stabil

2019-02-15 16:23:48  CRI
Share with:

Jumlah penggunaan sebenar pelaburan asing di China pada Januari lalu mencatat RMB84.18 bilion (RM50.72 bilion), meningkat 4.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Statistik yang diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam menunjukkan, pertambahannya dalam sektor perkhidmatan teknologi tinggi lebih ketara berbanding sektor-sektor lain.

Jurucakapnya, Gao Feng berkata, jumlah modal dari negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) makin bertambah. Pelaburan dari Amerika Syarikat (AS) naik 124.6%.

Katanya, China akan terus memperbaiki iklim perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

徐国玮