Bincang Isu Keselamatan Berdasarkan Fakta

2019-02-15 14:36:06  CRI
Share with:

Semua pihak diharap menghormati prinsip bersaing secara adil dan bebas, mencipta suasana pasaran tanpa diskriminasi, dan menggalakkan perkembangan sihat sektor perindustrian.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan demikian semalam, sambil menekankan supaya perbincangan mengenai isu keselamatan dilakukan berdasarkan fakta.

Bekas ketua agensi risikan kerajaan Britain, Robert Hannigan dalam artikel yang diterbitkan oleh Financial Times baru-baru ini menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan kerajaan China menjalankan aktiviti siber yang berniat jahat melalui syarikat Huawei.

Pada pandangan beliau, negara-negara Barat tidak harus memboikot produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana gergasi teknologi baharu.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, negara-negara Eropah dan China mempunyai keprihatinan sama dalam isu keselamatan siber. Beliau percaya keprihatian bersama tersebut dapat diselesaikan melalui rundingan secara sama rata dan muhibah dengan rasa saling percaya, tanpa prejudis atau pempolitikan tindakan ekonomi yang normal.

胡星