Galakkan Hubungan China-AS Berasaskan Prinsip Selaras, Kerjasama dan Stabil

2019-02-17 15:34:38  CRI
Share with:

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Yang Jiechi menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Keselamatan Munich Ke-55 dan menjawab pertanyaan mengenai hubungan China-Amerika Syarikat (AS).

Yang Jiechi menegaskan, presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump bersetuju untuk menggalakkan hubungan China-AS berasaskan prinsip selaras, kerjasama dan stabil. Trump pula menyatakan, mengembangkan hubungan AS-China secara kerjasama dan membina merupakan kerja utamanya. Konsensus utama yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara menjadi arah panduan kepada hubungan dua hala pada masa yang akan datang. 

Menyebut tentang perselisihan perdagangan China-AS, Yang Jiechi berkata, China bersedia menanganinya melalui cara kerjasama. Namun, kerjasama itu mesti dijanlankan mengikut prinsip tertentu. Baru-baru ini, kumpulan perdagangan China-AS telah mengadakan rundingan yang intensif dan mencapai kemajuan penting. Beliau berharap kedua-dua pihak berusaha lagi bagi mengcapai perjanjian yang saling menguntungkan. 

Yang menambah, China sentiasa menuntut syarikat China mematuhi peraturan antarabangsa dan undang-undang tempatan pelbagai negara. Syarikat Huawei membuat sumbangan besar kepada perkembangan teknologi telekomunikasi dunia termasuk negara Eropah. Syarikat itu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.  

胡星