Usaha Basmi Kemiskinan di Tibet Memberangsangkan

2019-02-18 14:38:22  CRI
Share with:
Usaha membasmi kemiskinan di Tibet, China menampakkan perkembangan yang memberangsangkan pada tahun lalu apabila 181,000 penduduk di 25 kaunti dan daerah serta 1,808 kampung keluar dari belenggu kemiskinan.

Pengarah pejabat pembasmian kemiskinan Tibet, Yin Fenshui memaklumkan setakat ini, kerajaan telah membantu 139,300 penduduk miskin mengatasi masalah keselamatan air minum, selain masalah bekalan elektrik di 541 kampung. 

Sebanyak 2,142 program tajaan kerajaan dilancarkan untuk membasmi kemiskinan dengan memajukan industri setempat, sekali gus membantu 210,000 penduduk.
梁靓