Kerjasama, Dialog Jamin Keselamatan Dunia

2019-02-19 12:19:07  CRI
Share with:

Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-55 selama tiga hari berakhir Ahad lalu.

China, Jerman dan Rusia antara yang menekankan pentingnya menjaga multilateralisme dan menggalakkan kerjasama antarabangsa, satu pendirian yang mendapat sokongan luas wakil-wakil dari seluruh dunia.

Ketua Pejabat Hal Ehwal Luar Pusat China, Yang Jiechi dalam ucapannya  berkata, multilateralisme konsensus majoriti negara di dunia. Kerjasama antarabangsa terbukti selaras dengan arus sezaman, begitu juga pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. China komited menggalakkan order antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah.

Canselor Jerman, Angela Merkel pula menyifatkan unilateralisme sebagai ancaman kepada order antarabangsa yang dibina selepas Perang Dunia II. 

Katanya, saranan China untuk membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan selaras dengan hala tuju perkembangan dunia pada masa akan datang.  

张哲