Sahut Seruan: Anhui Teliti Kaedah Baharu Untuk Pembangunan

2019-02-20 14:36:33  CRI
Share with:
Pada 9 Mac 2014, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menyatakan, ketika menyertai sesi perbincangan delegasi provinsi Anhui sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), pemimpin parti dan kerjaan pelbagai peringkat hendaklah memperketat disiplin, tidak menyalahgunakan kuasa dan menjalankan kerja dengan amanah.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut Anhui untuk mempergiat pembaharuan di desa dan membuat saringan terlebih dahulu bagi memastikan proses tersebut berlaku dengan lancar.
 
Baru-baru ini, lebih 4,000 petani di kampung Xiaogang kaunti Fengyang, Anhui, menerima faedah ekuiti ekonomi secara kolektif sebanyak RMB520 seorang.
 

图片默认标题_fororder_1

Menyahut seruan Presiden Xi, Setiausaha Pertama Jawatankuasa PKC bagi kampung Xiaogang, Li Jinzhu berkata Xiaogang telah melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut yang menyaksikan ekonomi kolektif desa terus berkembang dan para penduduk dapat berkongsi keuntungan.

 
图片默认标题_fororder_2

 
Seiring dengan pembaharuan yang rancak itu, perubahan secara drastik di Anhui turut boleh dilihat sejak beberapa tahun yang lalu.

Selain itu, pembaharuan terhadap hak aset kolektif di 5,800 buah kampung di Anhui juga berjaya diselesaikan dan para pemilik tanah asal lebih lima juta hektar turut dikenalpasti

 
图片默认标题_fororder_5
 
Sementara itu, Ketua Jawatakuasa Penduduk Kampung Xiaogang, Zhou Qunzhi berkata bahawa pihaknya telah menemukan mekanisma untuk memastikan setiap penduduk tempatan mempunyai hak milik terhadap aset di kampung itu, sekali gus menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Sepanjang lima tahun yang lalu, provinsi Anhui telah menjalankan sebanyak 817 tindakan pembaharuan yang melibatkan lapan bidang manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Anhui turut mencecah RMB3 trilion (RM1.8 trilion) buat pertama kalinya pada tahun 2018.
曹捷