Sahut Seruan: Jiangxi Giat Pelihara Alam Sekitar

2019-02-22 12:53:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun 2015, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menyertai sesi perbincangan delegasi provinsi Jiangxi menegaskan adalah penting bagi menjamin setiap rakyat di provinsi itu tidak terlepas daripada menikmati hasil pembangunan masyarakat kaya. Beliau turut mengingatkan delegasi Jiangxi agar memelihara ekologi alam sekitar seperti menjaga mata dan nyawa sendiri.

图片默认标题_fororder_6
Sehingga akhir tahun 2018, jumlah penduduk miskin di seluruh provinsi Jiangxi dikurangkan kepada 510 ribu daripada 2 juta yang dicatatkan pada tahun 2015.

图片默认标题_fororder_3
Setiausaha Jawatankuasa PKC di Kampung Etnik She Xinyue, Fuzhou, Lan Nianying memaklumkan, dalam tempoh percutian sempena Tahun Baharu Cina 2019, pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti yang bercirikan adat resam tempatan dan berjaya menarik lebih 10 ribu pelancong datnag ke kampung itu. Kini, kesemua penduduk berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan, pendapatan tahunan per kapita mencatat RMB13 ribu.

图片默认标题_fororder_5
Sejak tahun 2018, Jiangxi juga menjalankan 30 tindakan menangani pencemaran, termasuk menutup perusahaan tanpa dilengkapi kemudahan pelepasan bahan cemar di bandar Xinyu; membersihkan air tasik, meruntuhkan binaan haram. Pada tahun lalu, purata tahap PM2.5 dalam udara di provinsi Jiangxi menurun lebih 20% berbanding dengan tahun 2015, dan kadar air permukaan bumi yang bermutu baik mencecah 92%.

图片默认标题_fororder_9

高蕾