Sahut Seruan: Jilin Percepat Pemodenan Pertanian

2019-02-25 14:54:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_jj1

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menekankan perlunya modenisasi pertanian dipercepat, semasa sesi perbincangan bersama-sama delegasi provinsi Jilin sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada 2015.
 
Beliau turut meminta kerajaan tempatan supaya melakukan yang terbaik dalam setiap usaha bagi membolehkan penduduk merasai perubahan yang dijanjikan serta menikmati manfaat.

Sebaik sahaja sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) berakhir, Jilin telah menggerakkan pelaksanaan pelbagai projek pembinaan sambil terus membaiki alam sekitar, menyasarkan modenisasi pertanian direalisasikan menjelang 2020.

图片默认标题_fororder_jj2
 

Sepanjang empat tahun lepas, kerajaan provinsi itu telah memperuntukkan dana sejumlah RMB14.4 bilion (RM9 bilion) untuk memajukan sektor pertanian, selain memperkenalkan dasar subsidi bagi pembelian mesin pertanian. 

Sementara itu, lebih 6,000 petani mendapat peluang untuk mengikuti latihan di provinsi-provinsi yang lebih maju malah di luar negara, yang turut membawa faedah kepada hampir 100,000 petani lain.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, usaha Jilin untuk menambah baik keadaan ekologi juga menampakkan hasil ketara.

图片默认标题_fororder_jj3
 

Dalam tempoh empat tahun lalu, Jilin berjaya menangani penggurunan meliputi tanah seluas 122 ribu hektar serta memulihara tanah paya seluas 2.4 ribu kilometer persegi. 

Di kawasan hutan semula jadi Gunung Changbai, timur provinsi itu, rawatan hutan seluas lebih 8.2 juta hektar telah dijalankan selepas kegiatan  penebangan pokok dihentikan seluruhnya.

Dalam tempoh cuti sempena perayaan TBC, jumlah pendapatan sektor pelancongan di Jilin mencatat RMB14.285 bilion (RM8.93 bilion), bertambah 19.64% berbanding tahun lalu.

徐国玮