Sahut Seruan: Heilongjiang Giat Bangunkan Ekonomi Secara Komprehensif

2019-02-26 11:57:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_黑龙江1

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan delegasi provinsi Heilongjiang sempena Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada Mac 2016 menyatakan bahawa Heilongjiang perlu mengambil tindakan komprehensif bagi menjana ekonomi secara menyeluruh di samping meneroka pemangkin pertumbuhan baharu.

 图片默认标题_fororder_黑龙江2

Heilongjiang mempertimbangkan dan membolehkan kelebihan sendiri, selain memberikan enjin baharu demi memperkasakan pangkalan perindustrian lama.

图片默认标题_fororder_黑龙江3

Heilongjiang yang terletak di kawasan paling utara China, kaya dengan sumber ais dan salji. Provinsi itu berusaha sedaya upaya membangunkan ekonomi pelancongan yang bertemakan ais dan salji.

图片默认标题_fororder_黑龙江4

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kebudayan Provinsi Heilongjiang, Hou Wei menyatakan bahawa ekonomi ais dan salji yang melibatkan pelancongan, kesukanan dan hiburan antara penggerak penting yang menjana ekonomi provinsi ini.

Menurut statistik, sebanyak 12 juta pelancong tempatan dan asing melawat Heilongjiang semasa cuti Tahun Baharu Cina selama tujuh hari (4 hingga 10 Februari). Pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh tersebut berjumlah RMB14.6 bilion (RM8.89 bilion).

图片默认标题_fororder_黑龙江6

Dalam pada itu, Heilongjing turut berusaha membaiki struktur pertanian dan meningkatkan tahap tali air, pemesinan, sains dan teknologi untuk membangunkan pertanian moden.

图片默认标题_fororder_黑龙江8

Menurut wakil NPC yang juga ketua koperasi pengeluaran pertanian Hongyuan, kaunti Huanan, provinsi Heilongjiang, Sun Bin, Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping melahirkan banyak harapan kepada Heilongjiang. Jumlah dan kualiti bahan makanan patut terjamin, di samping tahap pertanian secara saintifik perlu ditingkatkan.

图片默认标题_fororder_黑龙江9

Heilongjiang ialah pangkalan perindustrian lama di negara China. Kini provinsi itu terus melaksakan transformasi mod pembangunan ekonominya. Beberapa syarikat milik negara berjaya memperoleh keuntungan melalui pembahahruan mekanisme atau sistem. 

覃淼