Persidangan Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang tadi. Pemimpin-pemimpin negara termasuk Presiden, Xi Jinping, menghadiri majlis pembukaan.
Wang Yang, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dalam laporan kerja yang disampaikannya menegaskan, tahun 2019 merupakan tahun yang strategik dalam kempen membangunkan masyarakat kaya yang menyeluruh. Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC perlu memainkan peranan sebagai institusi permesyuaratan, komited menyumbang kepada pelaksanaan kempen tersebut, melaksanakan fungsi permesyuaratan politik, pemantauan demokratik dan penglibatan dalam urusan negara, dan meningkatkan mutu kerja dalam mengemukakan cadangan dan mencari persamaan.Persidangan kedua Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC akan berlangsung selama 11 hari, dengan diserikan dengan kehadiran seramai lebih 2,100 anggota yang akan membahas laporan kerajaan yang dibentangkan oleh Wang Yang serta mengemukakan cadangan dan pandangan melibatkan pembaharuan dan pembangunan negara.