Sidang Tahunan CPPCC Labuh Tirai

2019-03-13 11:49:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124229356_1552444191626_title0h

Sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) melabuhkan tirai di Beijing hari ini, dalam majlis yang dihadiri Presiden Xi Jinping dan barisan pemimpin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Yang menyatakan CPPCC aktif terlibat dalam pembangunan negara dan merintis jalan pembaharuan sejak penubuhan Republik Rakyat China 70 tahun lalu.

Sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu. CPPCC hendaklah terus menggalakkan perjuangannya melangkah ke hadapan.

Sidang CPPCC tahun ini berlangsung selama 11 hari, disertai lebih 2,100 anggota dari pelbagai parti, kumpulan, etnik dan lapisan masyarakat.

 
张弘