Ujaran Xi Bakar Semangat

2019-03-14 16:35:21  CRI
Share with:

Ujaran Presiden Xi Jinping mengenai pembangunan tamadun ekologi, pembasmian kemiskinan, kemajuan desa dan penambahbaikan suasana perniagaan, membangkitkan keyakinan peserta persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Semasa sesi perbincangan delegasi Mongolia Dalam, Xi menekankan perlindungan alam sekitar satu perjuangan yang tidak boleh goyah. 

Gong Mingzhu selaku wakil NPC menyatakan tiada jalan pintas dalam mengawal pencemaran dan menjaga ekologi. Perjuangan perlulah hingga akhir, seperti penekanan Presiden Xi.

Pada sesi perbincangan delegasi Henan dan Gansu, Xi menekankan bahawa hanya tinggal dua tahun sebelum 2020, masa paling mendesak untuk mencapai matlamat pembasmian kemiskinan. Maka, perjuangan mesti diteruskan hingga memperoleh kemenangan seluruhnya. Anggota CPPCC, Profesor Lu Xiaoming dari Sekolah Undang-undang, Universiti Kewangan dan Ekonomi Guangdong berpendapat ujaran Presiden Xi telah menunjukkan hala tuju pembangunan desa.

Ketika sesi perbincangan delegasi Fujian, Xi memberi penekanan kepada persekitaran yang adil, telus dan berasaskan undang-undang dalam pembangunan syarikat.Anggota CPPCC, Wei Mingde menyatakan, adalah amat menggalakkan Presiden Xi mengulang penekanan itu yang menjanjikan persaingan adil dan persekitaran telus. Misalnya, setiap prosedur kelulusan dapat dilihat melalui Internet.

张弘