Kemajuan Hak Asasi di Xinjiang Dapat Pujian

2019-03-15 13:03:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_dcc23358-0866-45f2-bd78-6b723a665d68.JPG

Mesyuarat sampingan bertemakan kemajuan hak asasi manusia di Xinjiang dianjurkan di Geneva  kelmarin sempena sesi ke-40 Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Wakil Tetap China, Yu Jianhua berkata kemakmuran dan kestabilan Xinjiang hari ini hasil usaha kerajaan membanteras keganasan dan faham pelampau.

Pada suatu ketika, kumpulan pemisah, pelampau dan pengganas yang berleluasa di wilayah itu menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang tidak berdosa,  mencabul hak asasi manusia. 

Kerajaan tempatan telah mengambil tindakan berkesan termasuk menubuhkan pusat pendidikan dan latihan vokasional untuk membantu mereka yang dipengaruhi fikiran ekstrem. 

Hampir 300 tetamu dari lebih 70 negara yang menghadiri mesyuarat memuji kemajuan dalam perjuangan hak asasi di Xinjiang.

张哲