New Zealand Tafakur Mangsa Tembakan

2019-03-18 14:52:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124244432_15528062038471n
 

Angka kematian akibat tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di bandar Christchurch, pulau selatan New Zealand pada 15 Mac meningkat kepada 50. Jumlah yang cedera juga 50, antaranya ramai yang masih berada dalam keadaan kritikal. 

Kehadiran polis telah ditambah di seluruh negara itu, sementara aktiviti bertakafur diadakan bagi memperingati mereka yang terkorban.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam sidang media semalam menyatakan, polis akan mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar masjid, sekolah dan tadika. 

Beliau sekali lagi menekankan perlunya pembaharuan terhadap undang-undang pemilikan senjata api. Penjualan dan pengiklanan senjata api bagaimanapun tidak akan dihentikan.   

图片默认标题_fororder_1124244432_15528062038441n

图片默认标题_fororder_1124245221_15528258977301n

 

曹捷