Xi Selamat Tiba di Rom

2019-03-22 11:58:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_77f3ce78-fe04-43ed-86c1-3f1a585e1b70



Presiden China, Xi Jinping selamat tiba di Lapangan Terbang Fiumicino Rom, Itali malam semalam waktu tempatan.

Dalam ucapan bertulis yang disampaikan sejurus ketibaan, Xi khusus menyentuh pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara. Beliau yang menanti-nantikan pertemuan dengan Presiden Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giuseppe Conte, percaya bahawa dengan usaha bersama, perkongsian strategik komprehensif pasti cerah prospeknya. 

Hasrat serupa turut disuarakan Presiden Mattarella, sebagaimana disebut dalam rencana yang disiarkan agensi berita terbesar Itali, ANSA. Rencana itu memetik Mattarella sebagai berkata, Itali berharap lawatan Xi akan memangkinkan kerjasama pragmatik dan mempererat perkongsian bilateral, bahkan membawa manfaat kepada seluruh benua Eropah dan Asia. 

Perdana Menteri Conte pula menyatakan, beliau menanti-nantikan dapat bersama-sama Presiden Xi menyaksikan penandatanganan memorandum persafahaman (MoU) melibatkan kerjasama Jalur dan Laluan.

Ramai penganalisis berpendapat, tiga negara Eropah dipilih sebagai destinasi lawatan pertama Xi pada tahun ini, menggambarkan keprihatinan China terhadap hubungan dengan benua itu. Rom yang menjadi pembukaan bagi agenda beliau, mendapat perhatian umum.

曹捷