China, AS Diharap Rancakkan Interaksi Sosiobudaya

2019-03-22 12:01:59  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) harus bersama-sama mencipta suasana yang kondusif kepada pertukaran sosiobudaya, persefahaman dan persahabatan antara rakyat, serta asas sosial bagi perkembangan stabil hubungan bilateral.

Mengulas lawatan Presiden Universiti Harvard, Lawrence Bacow ke China dan situasi semasa pertukaran sosiobudaya, jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam berkata pendidikan adalah komponen penting hubungan dua hala, seperti yang ditekankan Presiden Xi Jinping.

Pertukaran dan kerjasama melibatkan pendidikan juga membantu memperkukuh asas persahabatan di kalangan rakyat.

Katanya, China bersedia mempergiat sinergi dengan institusi pendidikan dan penyelidikan saintifik AS seperti Universiti Harvard.

Bacow pernah menyatakan, beliau datang ke China bukan sahaja selaku presiden Harvard, malah juga wakil universiti AS untuk menggalakkan interaksi dalam bidang pendidikan. Pertukaran dan kerjasama yang lebih kukuh dalam aspek pendidikan dan budaya dianggap mustahak demi kemajuan hubungan AS dan China dalam jangka panjang.

曹捷