China, Itali Memperluas dan Intensifkan Hubungan Bilateral

2019-03-24 14:23:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124274107_15533581916971n

Presiden China, Xi Jinping dalam rundingan dengan Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte di Rom semalam menekankan, China bersedia bersama-sama dengan Itali memperluas dan mengintensifkan hubungan dua hala. Kedua-dua pihak perlu meningkatkan reka bentuk peringkat tinggi, memperkukuh asas politik, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengeratkan dialog antara pelbagai jabatan dan peringkat, dan terus saling memahami dan menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan besar. China dan Itali akan memegang peluang penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara kerajaan, mendorong kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang. Tahun 2020 adalah tahun kebudayaan dan pelancongan bagi kedua-dua negara ini. Kedua-dua pihak juga diharap mengambil peluang ini untuk mendorong destinasi warisan dunia di kedua-dua negara menjalin ikatan persabahatan di samping meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara muzium, peringkat tempatan, kalangan rakyat dan sektor sukan. Beliau berharap kedua-dua pihak berganding bahu menjunjung tinggi kebebasan dan kemudahan perdagangan serta pelaburan, dan terus meningkatkan komunikasi dalam isu PBB, pembaharuan WTO, perubahan iklim serta tadbir urus sejagat untuk memelihara bersama-sama multilateralisme.


Xi menyatakan, China mengekalkan pintu terbuka dan mengalu-alukan syarikat pelbgai negara termasuk Itali melabur di China, serentak itu China juga menggalakkan syarikat domestik terutamanya syarikat teknologi tinggi melabur di Itali dengan melihat Itali sebagai rakan penting bagi menjalankan kerjasama inovasi sains dan teknologi.

Xi turut berharap Itali terus memainkan peranan yang positif dalam usaha mengintensifkan dialog dan kerjasama China-Kesatuan Eropah (EU) dalam pelbagai bidang dan mendorong perkembangan hubungan China-EU dengan bebas, merdeka dan stabil.

图片默认标题_fororder_1124274107_15533582977091n

 

Conte pula menyatakan, lawatan Presiden Xi amat signifikan dalam meningkatkan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi. Itali yang mempunyai kedudukan geografi yang istimewa dalam membangunkan kesalinghubungan, berasa amat gembira dapat memegang peluang yang bermakna sejarah ini untuk melibatkan diri dalam pembinaan BRI, yang diyakini kondusif bagi meneroka potensi kerjasama kedua-dua pihak. Beliau menanti-nanti ke Beijing untuk menghadiri forum kemuncak kerjasama antarabangsa BRI kedua.

Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin menyakasikan bersama-sama penandatanganan dan pertukaran MoU mengenai pembinaan BRI dan sebahagian dokumen kerjasama dua hala yang lain. 

图片默认标题_fororder_1124274107_15533585171811n

 

曹捷