Mesyuarat BCM Berhasil

2019-04-05 11:14:59  CRI
Share with:
China dan Filipina bertukar-tukar pandangan secara terus-terang dan konstruktif dalam suasana mesra mengenai situasi Laut China Selatan dan aktiviti maritim semasa mesyuarat ke-4 mekanisme rundingan bilateral (BCM) di Manila kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam berkata, kedua-dua pihak menegaskan semula bahawa kerjasama saling untung tidak harus terjejas akibat perselisihan berkenaan serta komitmen untuk mencari penyelesaian melalui dialog langsung secara damai.

Kerjasama meneroka minyak dan gas di laut juga tumpuan perbincangan.

China dan Filipina mengulangi kesungguhan untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan dan mengekalkan momentum positif rundingan Kod Tatalaku (CoC) supaya CoC dapat dimuktamadkan seawal mungkin.

BCM ditubuhkan pada awal 2017 berdasarkan konsensus antara kementerian luar dengan mesyuarat dua kali setahun.
张弘