Duta China Ziarah Makam Pahlawan

2019-04-05 13:23:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_14386600-6d13-4132-a295-831c5670ab69

Duta Besar China ke Vietnam, Xiong Bo menziarahi makam pahlawan warga China yang terkorban dalam perang menentang pencerobohan AS, di Thai Nguyen pagi semalam. 

Xiong berkata, atas permintaan kerajaan Vietnam, lebih 320 ribu warga China berganding bahu dengan rakyat Vietnam untuk menentang pencerobohan luar. Lebih 1,400 daripada mereka terkorban di Vietnam. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_17326d91-b19d-43ae-817d-37bf8b70a210

Hubungan China-Vietnam kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah. Rakyat kedua-dua negara akan bersama-sama menggalakkan perkembangan sihat dan stabil perkongsian strategik komprehensif sejajar haluan persahabatan.

Turut hadir, Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Vietnam-China, Nguyen Vinh Quang serta pegawai syarikat, pelajar dan wartawan China di Vietnam.

张哲