Institut Konfusius, Jambatan Persahabatan

2019-04-08 13:32:56  CRI
Share with:

Institut Konfusius telah menjadi ruang untuk rakyat Indonesia mendekati budaya China, serta platform pertukaran budaya dan jejambat bagi persahabatan dan kerjasama, yang dialu-alukan kerajaan dan masyarakat tempatan.

Pada November 2011, Institut Konfusius ditubuhkan di Universiti Al Azhar Jakarta, diikuti lima lagi institut serupa di universiti lain. Pada bulan lalu, institut yang ketujuh ditubuhkan di Universiti Seberas Maret.

Ketua Institut Konfusius Universiti Al Azhar, Xiao Xiangzhong berkata selain mengajar bahasa Mandarin, melatih, menguji dan memberi perakuan kepada guru, serta menyediakan maklumat mengenai pendidikan, budaya dan sosioekonomi, Institut Konfusius juga menginovasikan pelbagai aktiviti agar memperkaya sinergi yang pragmatik antara China dengan Indonesia.

曹捷