Nanti Konsensus Lebih Luas

2019-04-10 13:35:01  CRI
Share with:

China menanti-nantikan konsensus lebih luas dicapai dengan ASEAN, serta menetapkan bidang utama kerjasama akan datang dan menggalakkan kesalinghubungan serantau melalui Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) kedua yang dijadualkan hujung bulan ini di Beijing.

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian berujar demikian pada mesyuarat ke-20 Jawatankuasa Bersama bagi Kerjasama China-ASEAN di Jakarta, Indonesia semalam.

Beliau berkata, BRI yang disarankan Presiden Xi Jinping enam tahun lalu, telah menjadi barang awam antarabangsa yang disambut baik. Kebelakangan ini, China dan ASEAN melakar pencapaian positif dalam pembangunan bersama BRI. Kedua-dua pihak telah menandatangani dokumen kerjasama BRI dan aktif menyelaraskan inisiatif tersebut dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025. 

Hasil awal turut dicapai dalam projek kerjasama seperti laluan perdagangan darat-laut baharu serta projek kereta api laju (HSR), rel aliran ringan dan lebuh raya, sementara yang membabitkan petrokimia dan janakuasa batu arang sedia memulakan operasi.

Pinjaman khas infrastruktur China-ASEAN pula menawarkan pembiayaan kepada 55 projek yang melibatkan bekalan elektrik, pengangkutan, telekomunikasi dan zon industri di seberang laut.

曹捷