China, Myanmar Sambut Pesta Songkran 2019

2019-04-13 15:33:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_9c83d0c6-ab2e-4190-9b52-ac8a885937ee.JPG

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_301f2000-af1f-4dad-9142-dc7b972ef20e.JPG

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_7105b666-2f1f-425d-9b78-9d29f446969f.JPG

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_02beaee2-ea6f-4089-8fe4-fa0eb7902c91.JPG

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_cb5eb29f-1aaf-474a-9c2e-a24f540401e5.JPG

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_d3a3d1d4-3fec-4a3c-8090-f0cdfce4e094.JPG

Kedutaan Besar China ke Myanmar semalam mengundang lebih 200 orang tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat China dan Myanmar untuk bersama-sama menyambut Pesta Songkran 2019 dan mengalu-alukan kedatangan Tahun Baharu Myanmar.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang dalam ucapan tahniahnya berkata, Pesta Songkran adalah pesta tradisional bersama bagi kedua-dua negara. 

Sambutan bersama itu bertujuan untuk menyeramakkan dan mengekalkan persahabatan "Pauk-Phaw" yang telah dipupuk oleh bekas pemimpin China dan Myanmar sejak sekian lama supaya persahabatan itu dapat diwarisi dari generasi ke generasi.

Ketua Menteri wilayah Yangon, U Phyo Min Thein menyatakan bahawa Pesta Songkran bagi negaranya mempunyai makna yang sama seperti Tahun Baharu Cina bagi negara China. Beliau berharap kedua-dua negara dapat membangun bersama dan semoga semua perkara berjalan lancar sepanjang tahun ini.

周乔西