Syria, Iraq Mahu Hubungan Lebih Kukuh

2019-04-15 12:40:43  CRI
Share with:

Hubungan yang lebih kukuh antara Syria dengan Iraq sesuai dengan kepentingan rakyat dan kondusif kepada usaha membanteras keganasan.

Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan demikian dalam pertemuan dengan Penasihat Keselamatan Negara Iraq, Al-falih Faryadi semalam.

Agensi Berita Syria (SANA) memetik Bashar sebagai berkata, situasi serantau dan antarabangsa mendesak kedua-dua negara melakukan segala usaha untuk melindungi kedaulatan negara dan kebebasan membuat keputusan tatkala berdepan komplot pemisah dan kekacauan yang dirancang musuh dari luar.

Hubungan bilateral turut dibincangkan, dengan penekanan terhadap kerjasama yang lebih meluas.

Al-falih Faryadi pula berkata, kemenangan Syria dalam perang menghapuskan keganasan juga kejayaan bagi Iraq, begitu juga pencapaian Iraq dalam aspek ketenteraan menyumbang kepada kestabilan Syria.

胡星