Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-Jepun

2019-04-15 14:37:40  CRI
Share with:

Dialog ekonomi peringkat tinggi China-Jepun ke-5 diadakan di Beijing semalam, dipengerusikan bersama Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya, Taro Kono. 

Wang Yi, yang juga Ahli Dewan Negara berkata, dengan usaha sama pemimpin dan seluruh masyarakat, hubungan antara China dengan Jepun pulih ke landasan normal dan melakar perkembangan baharu.  

Kedua-dua pihak perlu memperkasakan pelaburan dan perdagangan, bersama-sama membina Jalur dan Laluan (BRI), meneroka kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga dan memperkukuh hasil kerjasama dalam enam bidang iaitu penjimatan tenaga dan perlindungan alam, inovasi sains dan teknologi, pembuatan bertaraf tinggi, kewangan, ekonomi perkongsian serta perubatan dan saraan warga tua. Kedua-dua negara perlu bersama-sama membina iklim perniagaan yang adil, sama rata dan tanpa diskriminasi, menggalakkan integrasi ekonomi di rantau Asia Timur, menjaga multilateralisme dan perdagangan bebas, di samping mendorong pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi global berjalan ke arah yang betul.

Taro Kono pula berkata, kerjasama ekonomi tetap menjadi asas dan penggerak bagi hubungan antara Jepun dengan China. Berdepan situasi antarabangsa yang tidak menentu, kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama ekonomi dan memelihara sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan.

徐国玮