Perdagangan Luar Chongqing Meningkat

2019-04-16 14:05:49  CRI
Share with:

Data Kastam Chongqing bagi suku pertama tahun ini menunjukkan jumlah import dan eksport bandar tersebut meningkat pesat hingga mencatat RMB131.53 bilion (RM82.73 bilion), meningkat 21.9% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Antaranya, perdagangan dengan ASEAN meningkat 48.2% kepada RMB24.52 bilion (RM15.42 bilion), dan dengan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 34.6% kepada RMB36.11 bilion (RM22.71 bilion).

胡星