Perlu Patuh Gencatan Senjata di Yaman

2019-04-17 14:40:24  CRI
Share with:

Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik di Yaman digesa mematuhi perjanjian gencatan senjata sedia ada, dan masyarakat antarabangsa diminta memberi perhatian kepada situasi kemanusiaan di negara itu.

Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Isnin lalu, wakil khas isu Yaman, Martin Griffiths menekankan bahawa dialog politik satu-satunya cara untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

Naib Setiausaha Agung PBB bagi hal ehwal kemanusiaan, Mark Lowcock menyatakan, bantuan kemanusiaan sedang berdepan masalah dalam dua aspek, iaitu akses dan dana. Sesetengah bantuan perubatan mungkin akan terputus.

Wakil PBB menyeru pihak-pihak terlibat bertindak segera untuk memastikan operasi ketenteraan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Wakil Tetap China, Ma Zhaoxu pula berkata, masyarakat antarabangsa harus meningkatkan bantuan kemanusiaan terhadap Yaman dan menunaikan janji untuk memenuhi keperluan asas rakyatnya.

胡星