KDNK Suku Pertama China 6.4%

2019-04-17 16:09:48  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB21.34 trilion (RM13 trilion) pada suku pertama tahun ini, meningkat 6.4% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jurucakap Biro Statistik Negara, Mao Shengyong menyatakan bahawa ekonomi China beroperasi pada julat yang munasabah. Trend mampan dan stabil memberikan asas yang baik bagi pembangunan ekonomi secara sihat pada tahun ini.

Beliau berkata, China akan terus melaksanakan pembaharuan pihak pembekal, menggalakkan pertumbuhan mampan, menyusun semula struktur ekonomi, mencegah risiko dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

覃淼