China Komited Banteras Pengubahan Wang Haram

2019-04-19 14:43:16  CRI
Share with:

Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) dalam laporan terkini mengenai pengubahan wang haram, memuji keberkesanan kerja China dalam membanteras kegiatan jenayah tersebut, dengan sistem yang mempunyai asas baik.
 
Laporan itu menyebut, China telah membina sistem penilaian risiko pelbagai peringkat bagi mencegah pengubahan wang haram berserta strategi dan dasar yang berkaitan. Kemajuan ketara telah dilihat dalam kempen memerangi rasuah, pengumpulan dana secara haram dan penyeludupan dadah.

Dari segi kerjasama antarabangsa pula, China memiliki rangka kerja perundangan yang agak lengkap, membolehkan banyak aset yang dilarikan penjenayah ke luar negara didapatkan kembali.

徐国玮