Xi Galak Perkembangan Internet, Maklumat

2019-04-19 14:19:32  CRI
Share with:

Ekologi siber dan teknologi teras menjadi fokus Presiden Xi Jinping semasa mempengerusikan seminar keselamatan siber dan maklumat pada 19 April 2016.

Ucapan Xi ketika itu telah menunjukkan hala tuju perkembangan usaha berkenaan di China dan sasaran untuk membina sebuah negara siber yang kuat.

Beliau menyarankan agar pembinaan infrastruktur maklumat ditingkatkan seiring dengan integrasi Internet dan ekonomi sebenar, sementara transformasi mod pembangunan dan struktur ekonomi digerakkan dengan aktif.

Turut ditekankan, China perlu mempercepat kemajuan teknologi teras dan pembinaan sistem keselamatan bagi infrastruktur maklumat utama.

Pada masa yang sama, Xi mengusulkan galakan dan sokongan kepada syarikat Internet domestik untuk meneroka pasaran di seberang laut. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan syarikat asing yang bersedia mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

胡星