Xi: Tingkatkan Pengajian "Gerakan 4 Mei" dan Semangatnya

2019-04-21 16:21:01  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran terhadap makna sejarah dan nilai sezaman "Gerakan 4 Mei" semalam.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menegaskan, Gerakan 4 Mei ialah peristiwa penting dalam sejarah China. Ketika golong muda mengadakan aktiviti memperingati gerakan itu dan menyemarakkan semangatnya, pengajian terhadapnya juga harus ditingkatkan bagi menggalakkan golongan muda berjuang untuk membangunkan masyarakat kaya dan sosialisme yang bercirikan China, merealisasikan kebangkitan nusa dan bangsa China.

Xi berkata, Gerakan 4 Mei yang berlaku pada seratus tahun lalu ialah gerakan patriotik dan revolusi antiimperialisme dan antifeudalisme. Pergerakan itu dipimpin oleh intelektual muda dan disertai oleh rakyat pelbagai kalangan. Pada era baharu ini, usaha patut ditingkatkan untuk mengkaji gerakan 4 Mei dan semangatnya.

胡星