AL Tolak "Perjanjian Abad Ini"

2019-04-22 15:00:03  CRI
Share with:
Negara-negara Arab tidak akan menerima sebarang perjanjian berkaitan Palestin yang melanggar norma antarabangsa. 

Menteri-menteri luar menyuarakan pendirian itu dalam kenyataan bersama selepas mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab (AL) di Kaherah semalam.

Kenyataan tersebut menjadi isyarat dunia Arab menolak "perjanjian abad ini" yang diusulkan AS untuk merungkai konflik Palestin-Israel.

Kenyataan itu menyebut, rakyat Palestin berhak menubuhkan negara merdeka berdasarkan sempadan yang ditetapkan pada 1967 dengan Baitulmuqqadis Timur sebagai ibu kota. 

Jika "perjanjian abad ini" tidak mampu mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Palestin, keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat mustahil menjadi kenyataan.

Washington dilaporkan sedang mengkaji satu perjanjian mengenai isu Palestin-Israel, namun kemungkinan pelan "penyelesaian dua negara" tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut.
梁靓