Xi Jumpa Tetamu Ulang Tahun Angkatan Laut

2019-04-23 15:02:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124404136_15559931686511n

Presiden China yang juga Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Xi Jinping bertemu dengan ketua-ketua delegasi asing yang diundang ke acara multinasional sempena ulang tahun ke-70 penubuhan angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), pagi tadi.

Beliau menyambut mesra kedatangan para pegawai dan askar.

Xi menyatakan China mengamalkan dasar pertahanan negara bersifat defensif dan komited membentuk pola keselamatan yang sama rata, saling percaya, adil, membangun bersama dan berkongsi.

Gagasan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 disarankan China untuk menggalakkan kesalinghubungan dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta pembangunan ekonomi biru dan integrasi budaya marin. Angkatan laut China akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan tentera negara lain serta menunaikan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa bagi menjamin keselamatan laluan air.

Semua negara diseru seiringan menempuh jalan saling untung melalui dialog lebih rancak, di samping bersama-sama menghadapi ancaman dan cabaran demi ketenteraman di laut.

张弘