Kesalinghubungan Tetap Diutamakan

2019-04-23 13:05:23  CRI
Share with:

Laporan mengenai pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disiarkan semalam, menjelang Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua di Beijing. 

Menurut laporan itu, setakat hujung bulan lepas, China telah memeterai 173 perjanjian kerjasama BRI dengan 125 negara dan 29 pertubuhan antarabangsa.

Dalam pembangunan BRI, China akan terus memberi keutamaan kepada kesalinghubungan terutamanya melibatkan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan, penerbangan, bekalan elektrik dan jaringan komunikasi. 

China juga komited memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan yang saling untung dengan negara-negara terlibat.

Dalam tempoh antara 2013 hingga 2018, jumlah perdagangan komoditi antara China dengan negara-negara BRI melebihi USD6 trilion (RM24.8 trilion).

Sekarang, zon kerjasama ekonomi dan perdagangan yang diusahakan China di seberang laut merekodkan pelaburan hampir USD40 bilion (RM165 bilion), menawarkan lebih 300 ribu peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. 

张哲