WHA Ke-72 Dirasmikan

2019-05-21 16:06:11  CRI
Share with:

 
Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-72 dirasmikan di Geneva semalam.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ucapannya pada majlis perasmian menyatakan kemajuan besar telah dicapai tahun lepas dalam usaha mensejagatkan kesihatan.

Katanya, sebanyak 194 negara telah meratifikasikan Deklarasi Astana untuk merealisasikan matlamat jagaan dan perkhidmatan kesihatan asas bagi mewujudkan liputan sejagat menjelang 2030.

Beliau turut menekankan perlunya lagi 18 juta pekerja kesihatan, maka negara-negara hendaklah memperluas pengambilan kerja.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara China, Ma Xiaowei telah memperkenalkan langkah-langkah utama yang diambil untuk melaksanakan strategi "China Sihat" yang mengakumi setiap warganegara secara menyeluruh. Menurut beliau, China sebagai negara membangun yang bertanggungjawab akan berusaha untuk merancakkan kerjasama sedunia demi kesejahteraan rakyat sejagat.

张宪