Teknologi China Bantu Thailand Pasar Buah

2019-05-21 12:49:08  CRI
Share with:

Chanthaburi yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Bangkok terkenal dengan penghasilan buah longan. Kira-kira 20% hingga 30% buah-buahan keluaran tempat tersebut adalah longan, yang kebanyakannya dieksport ke China.

Sejak perjanjian tarif sifar pertama dilaksanakan di bawah rangka kawasan perdagangan bebas China-ASEAN, semakin banyak buah-buahan dari Thailand dibawa masuk ke China, hingga ke meja makan rakyat biasa. 

Pada Disember 2018, kabinet Thailand meluluskan pelan strategik bagi pembangunan buah-buahan yang menyasarkan status pedagang buah-buahan tropika utama dunia. Untuk itu, satu "koridor buah-buahan" dilancarkan di bahagian timur negara.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Persatuan Perniagaan Thailand menyatakan, pembeli dari China telah membantu petani tempatan meningkatkan kualiti buah-buahan, sehingga harga buah-buahan meningkat. Ini memberi keuntungan kepada petani, pembeli dan pengeksport. 

"Peti sejuk komuniti" yang dibangunkan syarikat ZTE China bersama Kementerian Pertanian Thailand dan Universiti Burapha, bertujuan memanjangkan tempoh kesegaran produk pertanian. Peti berkenaan dikatakan mampu mengekalkan kesegaran longan untuk sekurang-kurangnya 21 hari, dan telah mendapat kelulusan Universiti Burapha.

Naib Menteri Pertanian Thailand, Wiwat Salyakamthorn pula berkata, longan Thailand yang dieksport ke Eropah dan Amerika Syarikat berkos tinggi kerana diangkut dengan kapal terbang. Teknologi yang dibangunkan China membolehkan longan dieksport ke kawasan tersebut malah ke serata dunia melalui laluan maritim.

曹捷