AS Tangguh Larangan terhadap Huawei

2019-05-21 16:33:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1210140012_15584475990051n

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pemberian permit sementara selama 90 hari kepada Huawei dan rakan dagangnya sebagai tempoh penyesuaian. 

Dalam temu bual di ibu pejabat Huawei di Shenzhen hari ini, pengasas, Ren Zhengfei berkata permit sementara itu tidak begitu bermakna bagi pihaknya. 

Katanya, Huawei telah dikenakan kawalan oleh AS setahun lalu. Tindakan ahli politik negara itu dewasa ini memandang rendah kemampuan Huawei. Teknologi telekomunikasi 5G milik Huawei tidak terjejas sama sekali, malah tiada pihak yang dapat bersaing dengannya dalam dua atau tiga tahun ini.

Huawei juga tidak akan menolak penggunaan cip keluaran AS, namun jika timbul masalah dari segi bekalan, ada jalan lain bagi Huawei.

胡星