Iraq Hantar Delegasi Pengantara ke Iran, AS

2019-05-22 12:03:08  CRI
Share with:

Iraq akan menghantar delegasi ke Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk membantu meredakan ketegangan antara dua negara itu.

Dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet semalam, Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul-Mahdi berkata pihaknya mengekalkan perhubungan pada peringkat tinggi dengan AS dan Iran, yang akan menggalakkan kedua-dua negara itu berusaha meredakan ketegangan.

Dalam keadaan ini, Iraq hanya akan menjadi utusan dan tidak akan memihak kepada mana-mana belah. AS dan Iran telah menyatakan mereka tiada niat untuk berperang.

曹捷