Nanti Perjanjian HK, ASEAN Kuat Kuasa

2019-05-22 13:25:17  CRI
Share with:

Perjanjian Perdagangan Bebas Hong Kong-ASEAN dan perjanjian pelaburan kedua-dua pihak yang melibatkan Singapura, Thailand, Myanmar, Laos dan Vietnam akan berturut-turut berkuat kuasa bermula 11 Jun, dan 17 Jun.

Tarikh mula bagi perjanjian serupa dengan baki lima negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja dan Filipina akan diumumkan kelak.

Selepas berkuat kuasa, Singapura berjanji memansuhkan tarif terhadap semua barangan keluaran Hong Kong, manakala Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam akan beransur-ansur mengurangkan tarif berkenaan terhadap permata, pakaian, jam dan alat permainan.


Selain itu, ASEAN dan Hong Kong akan melayan syarikat satu sama lain secara adil dan saksama, menyediakan perlindungan dan jaminan bagi pelabur, serta memastikan pelaburan dan keuntungan dipindahkan secara bebas.

Kini, ASEAN muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi Hong Kong setelah Tanah Besar. Jumlah perdagangan barang antara kedua-dua pihak mencatat HKD1.07 trilion (RM570 bilion) pada 2018.

高蕾