China Masuk Era 5G

2019-06-06 18:19:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_6992945

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) hari ini memberi lesen 5G bagi kegunaan komersial kepada empat syarikat, menandakan bermulanya era baharu dalam industri telekomunikasi negara ini.

China Telecom, China Mobile, China Unicom and Rangkaian Penyiaran China ialah yang paling awal mendapat lesen tersebut.

Teknologi 5G dijangka akan membawa  limpahan peluang baharu sekali gus menggalakkan transformasi banyak industri, mengubah kehidupan rakyat dan melonjakkan ekonomi dunia.

Berdasarkan prosedur penstandardan 5G yang ditetapkan oleh agensi pemiawaian antarabangsa, rangkaian telekomunikasi 5G akan dikomersialkan secara menyeluruh pada 2020. 

Pada masa ini, negara-negara maju  juga sedang membuat aturan intensif terhadap penggunaan 5G secara komersial. 

Syarikat telekomunikasi Britain, EE telah melancarkan perkhidmatan 5G di enam bandar pada minggu lalu. Di London, BBC buat kali pertama membuat siaran langsung dengan menggunakan teknologi dan perkakasan syarikat Huawei China.

Kini, teknologi dan produk 5G dari China semakin matang dan sudah mencapai taraf untuk dikomersialkan.  

Pemberian lesen berkenaan selangkah ke hadapan ke arah membentuk rangkaian 5G pada skala besar di sebahagian bandar dan kawasan di China. 

Pelbagai produk 5G akan turut dipasarkan. Sementara itu, perintisan yang dijalankan China Telecom, China Mobile dan China Unicom di serata negara masih diteruskan.

China bersedia menyertai pembangunan rangkaian 5G di pelbagai negara dengan keunggulan teknologi dan industri sendiri, juga mengalu-alukan penglibatan syarikat dan modal asing dalam usaha sama di China. 

Sesiapa yang berniat memonopoli teknologi 5G dengan menyekat pihak lain, akhirnya hanya akan membantutkan kemajuan sendiri.
张弘