China, Rusia Naik Taraf Hubungan

2019-06-06 11:15:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124588501_15597729134931n

 

China dan Rusia bersetuju menaiktarafkan hubungan kepada perkongsian strategik komprehensif untuk era baharu.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya, Vladimir Putin di Istana Kremlin, Moscow semalam. 


图片默认标题_fororder_1124588501_15597737992491n

Sambil menilai tinggi perkembangan hubungan bilateral sejak terjalinnya ikatan diplomatik 70 tahun lalu, pemimpin kedua-dua negara bersepakat terus menjunjung konsep hubungan baik sesama tetangga dan kerjasama saling untung bagi membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara dan dunia.


Ini merupakan lawatan rasmi pertama Presiden Xi ke Rusia dalam penggal baharunya, dan kunjungan ke-8 beliau ke negara itu sejak 2013.

图片默认标题_fororder_1124588501_15597729134911n

Xi menyifatkan hubungan China-Rusia berkembang berterusan, mantap dan sihat pada tahap tinggi, dan kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah.

Katanya, kedua-dua pihak teguh menyokong satu sama lain dalam usaha menjaga kepentingan teras, memupuk kesalingpercayaan politik dan strategik yang kukuh, di samping aktif menggalakkan kerjasama melibatkan segenap bidang.

Kedua-dua negara juga aktif menyertai hal ehwal antarabangsa dan tadbir urus global, dan memberi sumbangan penting kepada kedamaian dan kestabilan dunia serta keadilan antarabangsa.

图片默认标题_fororder_1124588501_15597737992521n

Putin pula menyatakan lawatan Presiden Xi amat bermakna dalam situasi rumit semasa ini dan akan menyuntik penggerak kuat kepada perkembangan hubungan Rusia-China pada era baharu.

Rusia dan China harus terus meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau, bersama-sama menghadapi cabaran unilateralisme dan amalan perlindungan, serta memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.

Rusia komited mempererat kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertanian, kewangan, sains, teknologi, perlindungan alam sekitar, telekomunikasi dan pembinaan infrastruktur.

图片默认标题_fororder_1124588501_15597737992571n

Rusia bersedia merancakkan interaksi di peringkat setempat serta melibatkan pendidikan, budaya dan pelancongan. 

Rusia juga bersedia menyediakan sumber minyak dan gas asli yang mencukupi dan menambah pengeksportan produk pertanian seperti kacang soya kepada China, di samping mempercepat penyelarasan pembangunan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

图片默认标题_fororder_1124588501_15597737992561n

Selepas pertemuan, pemimpin kedua-dua negara telah memeterai dua kenyataan bersama yang mengisytiharkan penjalinan perkongsian strategik komprehensif untuk era baharu China-Rusia serta komitmen untuk memperkukuh kestabilan strategik global.

张弘