Xi, Putin Temu Lagi di St. Petersburg

2019-06-07 13:15:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zh

Presiden China, Xi Jinping bertemu lagi dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di St. Petersburg, kampung halaman Putin semalam.

图片默认标题_fororder_zh2

Putin menjemput Xi berlayar makan angin di Sungai Neva. Sambil menikmati pemandangan indah, Putin memperkenalkan budaya dan adat resam tempatan serta bangunan di kedua-dua tepi sungai.

Pemimpin kedua-dua negara bersepakat terus menggalakkan pertukaran sosiobudaya, di samping memperdalam persefahaman dan persahabatan di kalangan rakyat.

Putin mengalu-alukan lebih ramai pelancong China melawat St. Petersburg.

Selepas tiba di Istana Musim Sejuk, Xi dan Putin bertukar-tukar pandangan mengenai situasi antarabangsa serta isu-isu penting serantau.

Xi menegaskan bahawa China dan Rusia kini berada pada fasa penting dalam pembangunan negara serta perjuangan untuk merealisasikan kebangkitan bangsa.

Dalam konteks ini, kedua-dua negara patut mempererat penyelarasan strategik. Ini bukan sekadar untuk memelihara kepentingan China dan Rusia, tetapi juga untuk menjaga norma dan keadilan antarabangsa serta kedamaian, keselamatan dan kestabilan dunia.

Putin pula menyatakan semakin rumitnya situasi antarabangsa, semakin perlunya Rusia dan China memperkukuh kesalingpercayaan politik, meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam urusan antarabangsa serta mempertahankan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa. 

张弘